Wednesday, February 8, 2012

The Lost World 72


            Helmi menyedari bahawa cengkaman Rafiqah semakin kuat ketika mereka sedang menghampiri makhluk itu dari belakang. Lengannya terasa kebas. Wajah Rafiqah dijelingnya. Perempuan seberani mana pun pasti ada perasaan takut itu terselit.

            Helmi tetap berani berjalan menghampiri Titanis itu. Rafiqah cuba menghalang tindakan Helmi itu dengan memegang pergelengan tangan Helmi.

            “Lepaskan saya Rafiqah,” pinta Helmi.

            “Tapi...”

            “Saya tahu apa yang saya buat,” tutur Helmi sambil tersenyum.

            Rafiqah memejamkan matanya ketika Helmi berani menyentuh tubuh Titanis itu. Dia tidak mahu sesuatu terjadi kepada Helmi.

            “Rafiqah, patunglah,” tutur Helmi sambil tersengih.

            Rafiqah membuka matanya perlahan-lahan. Helmi kelihatan sedang menunggang patung Titanis itu.

            “Betapa risaunya awak tadi. Sayang juga awak kat saya kan?” usik Helmi. 

            Wajah Rafiqah tiba-tiba merona merah. Dia tidak sangka yang Helmi akan...

            “Awak comel masa tengah takut tadi,” kata Helmi lagi.

            “El, can you stop it?” Rafiqah bengang apabila dirinya diusik.

            “Muka awak merah tu,” tambah Helmi.

            Rafiqah memalingkan tubuhnya, menghadap arah yang berlawanan dengan Helmi ketika Helmi sedang memeriksa patung Titanis itu.

            Benda ini tak syak lagi meruapakan satu lagi benda ciptaan manusia. Benda ini dicipta dengan sangat terperinci lagi. Bulu pelepahnya sehinggalah sisik yang terdapat di kaki burung ini. Kenapa mereka cipta benda ini dan buangkan di sini?

            “El, kau dah boleh panggil semua orang turun. Keadaan di bawah ni selamat,” kata Rafiqah membuatkan lamunan Helmi tersentak.

***

            “Helmi suruh kita turun. Dia kata keadaan kat bawah selamat,” kata Adam.

            “Alhamdulilah,” ucap Ika spontan apabila mengetahui buah hatinya itu tidak apa-apa di bawah. Dia tidak kisahkan Rafiqah tetapi Helmi yang utama.

            “Ada apa yang bising-bising ni?” tanya Shila yang tiba-tiba muncul dari jauh.

            “Helmi dengan Piqah dah turun,” jelas Adam.

            “Mana jaket kau Adam?” tanya Shila.

            “Helmi pinjam tadi,” jawba Adam sambil tersengih.

            Shila sekadar mengangkat bahu. Dia sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Di amahu tunjukkan kepada Helmi bebola besi yang dijumpainya tetapi keadaan tidak mengizinkan.

            “Hanim masih cedera, jadi aku ras abaik kita tinggalkan dia kat sini. Jadi, siapa yang akan turun dulu?” tanya Adam.

            Zul tersengih jahat tiba-tiba.

            Hanim ya? Boleh tahan budak perempuan tu... Muehehehe...

            “Aku tak boleh biarkan Hanim keseorangan di sini. Dia hanya seorang gadis yang lemak. Seseorang harus berada di sini dan menemaninya dan orang yang paling sesuai ialah aku,” ucap Zul seperti seorang ahli politik yang sedang memberi ceramah.

           Adam mengencilkan matanya merenung wajah Zul.

            Budak ni langsung tak boleh dipercayai...

            “Tak boleh. Kalau kau jaga Hnaim kat sini, semua orang yang ada kat sini yang patut risau. Biar aku aje yang jaga Hanim,” bantah Adam sambil menggelengkan kepalanya.

            “Kenapa pula aku tak boleh berada kat sini?” bengkeng Zul.

            “Kalau macam tu, biar Hanim buat keputusan!”

            “Panggil Hanim sini!”

            Zul dan Adam memberi fokus ke arah Hanim yang sedang duduk bersila tidak jauh dari mereka. Hanim merenung wajah Adam dan Zul silih berganti.

            “Saya nak Adam yang jaga saya kat sini,” tutur Hanim.

            Zul mengeluh kecewa.

***

            Kini, Shila, Ika, dan Zul sudah berada di bawah. Mereka tidak mengalami masalah untuk turun.

            “Awak ada buat apa-apa dengan Piqah?” soal Ika ketika menghampiri Helmi yang sedang kusyuk menyuluh kawasan itu.

            “Saya tak buat apa-apalah. Iman saya masih kuat. Lagipun awak tetap nombor satu dalam hati saya,” tutur Helmi sambil tersenyum. Nur Atikah Saiful, seorang gadis yang mempunyai perasaan cemburu yang sangat tinggi.

            “Tingkat ni nampak kecil aje berbanding dengan tingkat-tingkat lain yang ada kat dalam fasiliti,” ulas Rafiqah ketika berjalan seiring dengan Helmi. Ika pula tidak habis-habis menjeling ke arah Rafiqah.

            “Ada pintu kat sini,” komen Helmi yang tersuluh sebuah pintu yang hampir reput. Pintu itu terbuka dan sebuah laluan yang sangat panjang sedang terbentang di hadapan mereka.

            Helmi mengetuai ahli kumpulannya memasuki laluan itu.

            “Hanya perasaan aku atau, udara di sini membuatkan aku sukar untuk bernafas?” kata Helmi.

            “Udara kat sini tak segar langsung,” komen Ika pula. Lengan Helmi dicapainya.

            “Itu...” Langkah kaki Helmi terhenti. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Sebuah lif yang telah runtuh sedang terbaring di hadapan matanya. Mujurlah lif itu tidak menutup keseluruhan laluan itu.

            “Jadi, kita memang dah sampai di tingkat paling bawah tempat ini?” ujar Shila pula.

            Rafiqah sedang duduk bercangkung sambil mengamati keadaan lif itu. Dia sednag beberapa wayar yang berselirat. Selepas beberaka ketika, dia membuat kesimpulan.

            “Terdapat lintar pintas yang berlaku yang membuatkan lif ini terhempas,” tutur Rafiqah lalu kembali berjalan.

            “Lihat atas tu, jadi benarlah kita sudah berada di tingkat B31,” tutur Helmi sambil menyuluh ke arah papan eletronik yang memaparkan tingkat lif itu.

            “Kawan-kawan, ada pintu di sini,” kata Rafiqah. Sebenarnya pintu itu lebih menarik perhatiannya daripad alif yang terdampar tidak bernyawa lagi. Ada yang menarik mengenai seni reka pintu itu. Lain daripada jenis pintu yang pernah ditemui di tempat itu.

            Helmi, Shila, Ika dan Zul menghampiri Rafiqah yang sednag berdiri berpeluk tubuh di sebelah pintu itu.

            “Korang sedar tak ada yang tak kena pasal pintu ini?” tutur Rafiqah memancing.

            “CCTV,” kata Ika sambil menundingkan jarinya ke arah kamer ayang tergantung di sudut siling yang berhampiran dengan pintu itu.

            “Dan benda ini. Kalau tak silap aku ini merupakan mesin pengimbas retina mata. Hanya orang yang mempunyai retina yang disahkan sahaja yang boleh akses ke dalam bilik di balik pintu besi ini,” jelas Rafiqah.

            Helmi sekadar membisu. Dia menggerakan tangan pada tempat yang menyerupai seperti stereng kereta. Dia cuba memusingkan menggunakan secebis tenaganya. Tetapi alat itu tidak bergerak langsung.

            Tangan Helmi tersentuh pintu besi itu. Habuk yang sudah lama bermaustatin di situ terusik lalu kelihatan satu logo yang tertampal. Helmi mencuci sedikit bahagian logo itu menggunakan tapak tangan.  

            “Biohazard Warning Sign!” tutur Helmi, Shila dan Rafiqah serentak.

            “Jadi ini bermakna...” kata-kata Ika mati. Perasaan gerun jelas terpapar di wajahnya apabila melihat lambang itu.

            “Ini bermakna terdapat microbes yang boleh mengakibatkan epidemic yang dasyat di balik sana,” sambung Rafiqah.

            “Aku pernah nampak benda ni masa aku usya satu rakaman mengenai tragedi di Pulau Eurasia itu. Tak silap aku pasal Virus T yang merubah penduduk di sana menjadi zombie. Jadi, korang tak rasa benda ini bahaya ke?” celah Zul.


           “Tak juga,” pintas Shila. “Ada beberapa tahap dalam biohazard ni. Tahap pertama hingga ke tahap empat berdasarkan tingkat bahayanya. Benda macam selsema dan jarum suntikan juga boleh dikategorikan sebagai biohazard.
        
    Helmi hanya membisu.

            “Ada enam tulisan yang tertulis pada pintu besi ini. Dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Latin, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Korea.”

           “Tentu ada sesuatu yang tersembunyi kat dalam sana. Kalau tak, tak akan sampai ada enam bahasa di sini.”


“Authorized Personnel Only” 

3 comments:

p!q4h b@guss said...

alaaa.. kenapa dgn biohazard warning sign tu?? sambung el.. :D

Helmi Effendy said...

lalala ~~~

n!ce_w!nd said...

hey.. your story are really amazing !! aku suka story2 yg adventure ni.. huhu.. well.. keep it up and sambung cpt2 !!