Helmi Effendy, jejaka tinggi lampai itu sedang duduk bersilang di atas kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan tenang, tersengih melihat sekelilingnya dengan senyuman melebar.
Wah.. cunnya pramugari itu. Mata Helmi tajam merenung susuk tubuh seorang gadis yang lengkap beruniform merah, seksi dan jelita, sesuai dengan professionnya sebagai pelayan di atas awan. Kemudian, mata Helmi kembali merenung jam tangannya, lalu kepalanya kembali melilau melihat sekelilingnya, mencari kelibat sahabatnya, Faiz.
Lambat pulak mamat ni... hati Helmi bergetus marah. Pengumuman penerbangan yang akan bernagkat sudah kedengaran, menambahkan keresahan Helmi. Kedengaran suara Cikgu Fiefa atau namanya Nurul Afifah memekik menyuruh pelajar-pelajarnya beratur. Helmi merungut kasar apabila namanya dipanggil.
“El!” teriak Cikgu Fiefa garang. Suara itu memang tidak serik menganggu hidupnya.
Pelajar-pelajar SMK Dato’ Onn seolah-olah mendapat durian runtuh apabila lawatan mereka ke Pulau Langkawi telah ditaja salah satu syarikat koporat terkenal Malaysia. Dari penginapan, makanan sehinggalah pengakutan, semunya percuma. Helmi Effendy, antara 119 pelajar SMK Dato’ Onn yang bertuah.
“Muhammad Faiz Rosli!” Cikgu Fiefa berteriak memanggil, namun tidak bersahut.
“Mana Faiz, El?” soal Ika, gadis jelita yang merupakan idola seluruh sekolah, yang juga rakan sepermainan sejak kecil El. Gadis itu juga menampakan kegusarannya, atas kelewatan Faiz.
“El.. mana Faiz?” soal Cikgu Fiefa yang menghampiri Helmi.
Helmi sekadar tersengih, sambil menggaru kepalanya.
“Tak tahu cikgu.. tadi dia kata nak pergi tandas.. tapi...” Belum sempat Helmi mahu menghabiskan pertuturannya, seorang lelaki menjerit dari jauh sambil berlari pantas menghampiri mereka.
“Woi kawan-kawan. Maaf, aku lewat,” tutur Faiz sambil menundukkan kepalanya meminta maaf, gaya orang jepun. Beberapa orang pelajar SMK Dato’ Onn yang terpilih tergelak kecil melihat gelagat comel Faiz.
Muhammad Faiz Rosli merupakan jejaka tertampan di SMK Dato’ Onn. Dia ialah jejaka yang paling digilai oleh semua. Senyumannya, gelagatnya, kesalahannya, atau segala-galanya yang berkaitan dengan Muhammad Faiz Rosli ialah comel di mata pelajar-pelajar perempuan. Helmi, Ika dan Faiz merupakan tiga sekawan, yang tidak pernah berpisah di SMK Dato’ Onn.
“Childish...” tutur seorang lelaki, yang berketinggian sederhana, berhidung mancung, berambut putih seperti albino, bermata hijau dan berdagu petak sambil membimbing komputer riba di bawah ketiaknya dan juga berkacata mata memintas. Faiz tidak melayan sebaliknya kembali berbual mesra dengan Ika atau Atikah Saiful, empunya nama penuhnya.
Lelaki albino tadi ialah prodigi SMK Dato’ Onn. Lelaki genius yang selalu mengungguli carta pelajar terpintar di sekolah ialah Ahmad Naim bin Ahmad Rosdi. Segala fakta-fakta mengenai dunia seperti sudah melekat di kepalanya.
“Awak pergi mana tadi,” tanya Ika sambil menumbuk bahu Faiz. Tersengih-sengih jejaka itu.
“Melabur...” selamba sahaja perkataan itu meluncur dari mulut Faiz.
Helmi pula, tidak berhenti menatap wajah indah Ika. Sungguh, dia sememangnya pemuja gadis itu dalam diam. Rambut hitam Ika yang mengurai ditiup angin menyapu wajah Helmi, sekaligus mematikan angan-angan Helmi.
“Dan saya yang terakhir... cikgu... Saiful Hawiz...” sampuk seorang jejaka yang tertinggi antara mereka semua. Jejaka yang memiliki wajah yang paling dingin antara mereka semua. Dia juga yang paling pendiam antara mereka semua.
“Senyum Hawiz!” ujar Razy tiba-tiba sambil menghalakan kamera videonya ke arah wajah dingin jejaka itu. Razy Ezany, jejaka yang tidak pernah lengang dengan kamera video, merupakan seorang yang gila dengan kameranya. Tapak tangan Saiful menyentuh cermin kaca yang merakam segala penggerakan.
“Aku bukan artis untuk kau rakam!” dingin suara Saiful yang kemudian meninggalkan mereka, menghampiri Cikgu Fiefa. Mereka semua bergerak dalam barisan, mengekori Cikgu Fiefa dari belakang, tanpa mengetahui bahawa penerbangan itu mungkin akan jadi penerbangan terakhir dalam hidup mereka. Misteri dan bahaya sedang menanti, bukan sahaja mereka, tetapi lebih 300 penumpang pesawat Boeing 707 MAS.
“Penerbangan ini sedang berada 10 000 kaki di udara. Saya Kapten Azrin, antara dua orang pemandu pesawat ini menjangkakan lagi setengah jam, kita akan tiba di Langkawi,” suara tegas Kapten Azrin sedang kedengaran.
Helmi sedang rakus melahap semua makanan yang dibelinya sambil diperhatkan dengan jijik oleh Faiz dan Husna.
“Sedap ni.. jemput makan sekali!” ajak Helmi, sambil makanan masih penuh dalam mulutnya.
“Geli aku, bro,” luah Faiz jujur sambil memalingkan wajahnya ke arah lain. Pramugari yang kelihatan jelita, melintasi di hadapan mereka menarik perhatian Faiz. Dia terpandang tag nama pramugari itu, Husna, secantik namanya, fikir Faiz.
Di satu sudut kapal terbang itu, kelihatan ramai pelajar mengerumi Razy Ezany. Helmi dan Razy menyertai sekumpulan pelajar itu. Mereka berdua ternganga.
“Wahh.. video ni best gila!” ujar Helmi yang turut teruja.
“Bila kau rakam ni?” soal Faiz ingin tahu.
“Er... masa cuti sekolah tahun lalu. Kan kita pergi pantai juga?” balas Razy.
Mereka sedang menonton video pelajar-pelajar perempuan sedang bermandi manda dalam pakaian yang basah. Meleleh air liur Helmi dan Faiz menontonnya.
“Ni Ika kan?” soal Helmi sambil meletakkan jari hantunya kea rah skrin kamera Razy. Razy mengangguk sambil tersenyum. Helmi lantas merampas video itu lalu mematikannya. Dia merenung wajah Razy dengan mka yang merah padam. Kelihatan darah meleleh keluar dari hidung Helmi.
“Kita orang nak tengok juga idola nombor satu sekolah, Nur Atikah Saiful!” rungut salah seorang pelajar yang turut menonton rakaman nakal Razy itu. Helmi menjulang tinggi kamera video itu, untuk mengelak ianya dirakam oleh yang lain.
Tiba-tiba...
“Yeah! Ika dapat!”
Mereka semua saling berpandangan apabila Ika mula membuka kembali rakaman video tadi. Mereka semua meninggalkan Helmi keseorangan di situ.
“Kau uruskanlah ya?” kedengaran suara Faiz dan Razy berbisik. Sebuah tumbukan, bukan tamparan hinggap di pipi dan hidung Helmi, dua kali daripada Ika. Darah yang mula berhenti meleleh tadi, kini kembali meleleh, malah lebih parah gara-gara Ika.
“Gatalnya! Helmi memang gatal!” ujar Ika geram sambil mencampakkan kamera video Razy itu di atas kerusi empuk pesawat. Akibat daripada peristiwa itu, Ika langsung tidak bertegur sapa dengan Helmi. Helmi merajuk dan Ika cuba memujuk...
“Awak beli tu untuk mak awak kan?” soal Ika ketika bertukar tempat duduk dengan Faiz. Helmi menarik mukanya sambil memegang hidung yang kelihatan sudah berhenti berdarah.
Namaku Helmi. Ini ialah kisahku. Aku mempunyai dua orang rakan yang memang terkenal dengan populariti dan kecantikan wajah mereka di antara pelajar. Faiz, penyerang terhebat pasukan Bola Sepak SMK Dato’ Onn dan Ika, pemain tenis nombor satu SMK Dato’ Onn. Tetapi aku ialah trouble maker yang asyik membuat kacau di sekolah, menjadi buruan guru-guru. Tetapi, hidupku terasa bertuah apabila mengalami peristiwa yang sungguh mengasyikkan ini.. sungguh. Ini kali pertama aku menjadi hero, bukan sahaja dalam hidupku, tetapi setiap orang.
“Kau orang boleh diam tak?” kedengaran suara memintas perbualan Helmi, Ika dan Faiz. Naim yang duduk di sebelah kerusi Faiz sedang asyik dengan komputer ribanya, jari jemarinya ligat bermain di atas papan kekunci.
Helmi menoleh sambil tersenyum.
“Hebatnya kau Naim. Tengah programming ke? Macam nilah pelajar terbaik tiga tahun berturut-turut SMK Dato’ Onn,” kata Helmi membodek.
“Lima kali, bukan tiga,” Naim membetulkan. Wajah Helmi, Faiz dan Ika bertukar kelat.
Di satu sudut lain pesawat itu, Cikgu Fiefa sedang berbincang dengan seorang guru lelaki yang berjambang.
“Awak betul ke nak bawa dua orang tu ke school trip kita ni?”
Cikgu Fiefa mengangguk sahaja.
“Helmi Effendy dan Saiful Hawiz. Seorang budak paling nakal dan tak berguna di sekolah kita dan seorang lagi, yang tak silap saya dalam kawalan pihak polis kerana kes bergaduh dengan kumpulan kongsi gelap cina di Petaling Street? Dia kalahkan berpuluh-puluh orang seorang diri...”
“Cukup Cikgu Sariman, saya tahu apa yang saya buat!” celah Cikgu Fiefa yang letih mendengar rungutan rakan sekerjanya itu. Tiba-tiba, air kopi yang dibawa oleh seorang pramugari tertumpah ke atas baju kurung Cikgu Fiefa.
“Maaf cik...” tutur Husna tidak sengaja sambil cuba mencuci baju Cikgu Fiefa.
“Tak apa cik... Husna...” kata Cikgu Fiefa sambil melihat tag nama Husna.
Saiful sedang duduk sendirian sambil bermain dengan duit syilingnya.
“Bosannya... aku harap yang aku terperangkap kat dalam dunia yang mencabar...” tutur Saiful tiba-tiba. Serentak itu, pesawat bergegar dan... menjunam jatuh ke daratan. Saiful melihat sekelilingnya, keadaan panik bermaharajala lela.
Ya Allah selamatkanlah kami. Helmi berdoa penuh penghayatan. Dia belum cukup amalan untuk mati pada waktu itu. Saiful seorang sahaja tersenyum, kala kekalutan itu sedang melanda. Ika pula sedang erat memeluk lengan Helmi.
Bunyi dentuman mengejutkan mereka. Helmi memenjamkan matanya, dan ketika dia membukanya kembali. Dia sedang terbaring di lantai hutan, sendirian.































9 comments:
yeayy.next peliss!!!
huhu.... budak2 yang nakal tu lempang jerk bontot dieorang :)
Menarik!
terima kasih semua . :)
i am wearing baju kurung..SAYANG LAH KAU HELMI.!
terima kasih sayang . syaang kau juagk . hahah ..
best bce cte ni...keep a g0od work=)
As Salam :)
haishh~mulut si saiful ni,celupar benar..huhu~
tengs wyna .
Post a Comment