Saturday, March 17, 2012

The Lost World 75



     “Wahai hamba-hambaku yang setia, sekarang aku persembahkan sebuah hasil seni yang sangat hebat untuk kalian saksikan. Saksikanlah bagaimana manusia menahan sakit yang paling sakit di dunia! Sakit bagaimana manusia dibakar hidup-hidup!” teriak Syamir sambil mendepakan tangannya.


     “Ya ALLAH!” teriak Husna yang semakin hampir dijilat oleh lidah api yang sedang menari-nari di bawah kakinya.


      Helmi cuba melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Kekuatannya tidak mampu menandingi anak buah Syamir.


     “Syamir.. hentikanlah!” rayu Ika.


     Syamir tidak mengendahkan Ika sebaliknya tersenyum sinis.


     “Drama menjadi semakin mengujakan,” bisik Syamir sambil mengusap-ngusap tangannya.


    “Maafkan aku Husna,” gumam Helmi perlahan sambil menundukkan kepalanya. Dia sudah tidak mempunyai keberanian dan kekuatan menyaksikan rakan yang telah banyak membantu dirinya untuk kekal hidup di atas pulau itu dibakar hidup-hidup...


    Husna pula sudah berhenti menangis. Dia seperti Helmi, sudah hilang harapan. Syamir si gila tidak menunjukkan tanda akan melepaskannya.


    Ya ALLAH, kau ampunkanlah dosaku yang sebelum ini. Ya ALLAH, hambamu ini sudah berseida untuk menghadap kau di sana. Andai ini takdir yang kau suratkan untuk aku, hambamu ini redha... redha...


    Tiba-tiba sahaja beberapa tin yang kelihatan di atas lantai hutan itu meletup selepas dijilat api. Beberapa anak buah Syamir yang berada berhampiran dengan api yang sedang marak itu terpelanting jauh. Ketika itu... Cikgu Sariman tersenyum sinis. Dalam masa yag sangat singkat, asap hitam menyelubungi kawasan itu.


   Kedengaran suara berbisik mula memenuhi kawasan tempat markas Syamir didirikan.


   “Mana api tu hilang...”


   “Kenapa boleh jadi macam ni...”


    Kelihatan Syamir yang terbaring mula bangkit sambil memegang kepalanya yang sakit. Beberapa orang pengikut Syamir yang setia menyelubungi jejaka itu manakala Syamir ketawa terbahak-bahak di atas salib kayu itu.


“Macam mana boleh ada letupan tadi? Er... mana hilang apinya?” tanya Husna.


“Itu ialah bom jangka. Kelembapan yang ada di dalam coolant yang memberi tindak balas kepada ammonium nitrate akan menghasilkan nitric acid yang merupakan salah satu daripada komponen bom. Dalam situasi biasa, bom tersebut tidak akan meletup kecuali dibakar. Apabila itu berlaku, sejumlah besar oxsigen akan dihasilkan lalu kau tambahkan dengan serbuk peluru, maka bom akan meletup! Letupan inilah yang telah memadamkan api. Hebat bukan? Itulah sains!” jelas Cikgu Sariman.


“Alhamdulilah. ALLAH telah kirimkan awak dalam menyelamatkan saya,” ucap Husna yang tidak dapat menahan sebak kerana masih diberi masa oleh ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumi ini.


“Sekarang, kita kena fikirkan bagaimana untuk lepaskan diri dari ikatan ini,” gumam Cikgu Sariman. Pujian yang dilontarkan oleh Husna tidak diendahkannya.


“Jangan risau kakak!” kata satu suara. Kelihatan Dani sedang memanjat batang kayu Salib gergasi itu. Budak lelaki itu kemudian berpaut pada palang yang mengikat Husna dan Cikgu Sariman lalu berusaha membuka ikatan yang agak ketat.


“Terima kasih Dani,” ucap Husna.


“Siapa budak lelaki tu?” tanya Cikgu Sariman.


“Ahli kumpulan Husna. Dia ni sangat-sangat bijak!”


“Hati-hati budak. Nanti jatuh,” kata Cikgu Sariman malas.


***


“Terima kasih budak kecil,” ucap Cikgu Sariman ketika memegang pergelengan tangannya yang terasa kebas selepas diikat lama di atas salib.


“Dani, mana Helmi?” soal Husna.


“Helmi dengan tiga orang yang tolong kakak dengan lelaki tua ni,” kata Dani lagi.


***


Asap yang menyelubungi kawasan itu masih belum hilang. Pengelihatan menjadi kabur gara-gara asap itu. Kelihatan Helmi sedang berteriak mengarahkan ahli kumpulannya melarikan diri dari kawasan itu. Ika sedang memegang erat lengan Helmi. Jelas bahawa gadis itu tidak mahu berpisah dengan Helmi walau apa pun keadaannya.


Tidak lama kemudian, Helmi berjumpa dengan Husna, Dani dan Cikgu Sariman. Ika kelihatan memeluk erat Husna. Kemudian, mereka berlima bergegas meninggalkan kawasan itu.


Tidak jauh daripada situ, pergelengan tangan Hanim sedang erat diggengan oleh Syamir. Lelaki itu berniat mahu menjadikan Hanim sebagai tebusan untuk Helmi dan ahli kumpulannya kekal di situ.


“Lepaskan Hanim!” arah Adam bengang.


“Adam, awak tinggalkan saya di sini dan cabut dari sini!” teriak Hanim pula.


“Diam kau betina!” tengking Syamir lalu menampar pipi Hanim membuatkan gadis lemah itu terdiam menahan kesakitan.


“Tapi...”


“Adam, kalaupun Hanim ikut Adam nanti, Hanim hanya membuatkan Adam akan tertangkap. Kaki Hanim terseliuh dan ianya akan melambatkan Adam. Tinggalkan Hanim kat sini...” rayu Hanim sambil tersenyum.


Adam terdiam. Mata Hanim ditatap oleh Adam dengan penuh perasaan. Beberapa saat kemudian, Adam mengangguk sambil tertunduk. Penumbuknya digenggam erat. Smabil berpaling dari Hanim, Adam membuka langkah seribu.


“Maafkan Adam. Adam janji yang Adam akan kembali untuk selamatkan Hanim nanti,” tutur Adam di dalam hatinya.


Wajah Syamir yang berlumuran darah akibat terkena kayu yang terpelanting semasa letupan sangat pucat. Rambut Hanim digenggam erat oleh Syamir lalu gadis itu diheret di atas tanah, tanpa peri kemanusian.


“Sakit!” teriak Hanim.


“Ini ialah seksaan pertama untuk kau. Aku tak akan biarkan kau mati senang. Kau akan mati secara perlahan-lahan, terseksa!”


Syamir mahu memijak wajah Hanim tetapi... dia tiba-tiba terangkat di udara. Seseorang yang tinggi lampai sedang berdiri di belakang. Seseorang yang berbadan sasa dan berwajah kosong. Koler baju Syamir sedang dipegang oleh Saiful Hawiz!


“Kau nak buat apa pada dia?” tanya Saiful ketika Syamir meronta-ronta di udara.


“Lepaskan aku!” teriak Syamir.


“Okey,” jawab Saiful pendek lalu mencampakkan tubuh Syamir di udara dengan hanya satu tangan sahaja. Syamir terperosok jauh dari Saiful.


Kemudian, Saiful menghampiri Hanim yang sednag terbaring di atas tanah. Saiful menghulurkan tangannya untuk disambut oleh Hanim.


“Kau tak apa-apa?” tanya Saiful.




Hanim menggelengkan kepalanya lalu kembali berdiri sambil berpaut pada tangan Saiful. Syamir melangkah berani ke arah Saiful Hawiz.


“Kau siapa?” tanya Syamir yang berdiri tepat di hadapan Saiful. Syamir terpaksa mendongak memandangkan Saiful yang tinggi itu.


“Saiful Hawiz. Aku sedang mencari seorang doktor... untuk merawat ahli kumpulan aku yang sakit,” gumam Saiful. Suaranya kedengaran tenang, tidak sedikitpun gentar ketika berdepan dengan Syamir.


“Ahli kumpulan yang sakit?” tanya Syamir sambil mengecilkan matanya memandang Saiful.


“Mana doktor itu pergi?” tanya Saiful.


“Jadi, Aimman dan Nazmi juga memberitahu tentang aku?”


“Jadi, kau ialah Syamir Fitri? Pakar Bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya itu?” tanya Saiful lagi.


“Mana orang sakit itu?” tanya Syamir pendek.


“Sekejap, aku akan bawakan dia datang sini,” kata Saiful lagi.


Syamir hanya berdiri di situ. Dia jadi bisu dengan kehadiran Saiful.


“Kamu, kamu kena ikut aku,” arah Saiful tiba-tiba kepada Hanim. Hanim sekadar mengangguk sekali dua.


Dia nampak bagaimana aku didera oleh Syamir. Apakah itu sebabnya dia menyuruh aku mengikutinya? Walaupun dia nampak macam orang jahat, tapi perwatakannya menunjukkan yang sebaliknya. Tapi... visi yang aku dapat tadi...


Helmi dan Saiful Hawiz sedang berdiri sambil menghadap masing-masing. Di tangan Helmi terdapat kapak batu manakala Saiful bersenjatakan kunci yang dijadikan seperti kuku di celah penumbuknya. Itulah visi yang diterima oleh Hanim!


Helmi Effendy VS Saiful Hawiz?

Saturday, March 3, 2012

The Lost World 74



           “Benda ini sangat mengagumkan. Hebat... aku tak sangka manusia memiliki teknologi sehebat ini. Menghidupkan kembali haiwan yang sudah pupus? Itu ialah benda yang paling hebat yang pernah aku dengar,” luah Zul jujur.

            “Dengarnya macam mengarut,” kata Ika pula.

            “Tak.. benda ini boleh jadi. Pernah dengar tak tentang sebuah projek Mammoth Resurrection Plan?”

            Helmi, Ika dan Zul menggelengkan kepala.

            “Walaupun Mammoth dah pupus sejak 10 000 tahun yang lalu, tetapi Jepun dan Russia bercadang untuk menghidupkan Mammoth kembali melalui proses pengklonan,” jelas Shila. “Sepuluh tahun yang lalu, di Siberia, sebuah kawasan rahsia untuk Soviet Union menjalankan eksperimen mereka, sebuah bangkai Mammoth yang sangat sempurna telah ditemui bersemadi di bawha timbunan salji tebal. Daripada bangkai itu, sel yang paling kurang kerosakkannya diambil oleh saintis lalu dituaikan pada telur gajah moden. Daripada itulah akan terbentuknya telur gajah Mammoth yang sudah pupus,” terang Shila panjang lebar.

            “Jadi, maksud kau semua haiwan di atas pulau ini terbentuk melalui proses itu?” tanya Helmi.

            “Hanya teori itu sahajalah yang dapat menjelaskan apa yang sedang berlaku. Replika yang kita jumpa tadi barangkali merupakan model untuk mereka mencipta haiwan-haiwan tersebut. Maklumlah, tiada siapa yang pernah melihat haiwan-haiwan yang sudah pupus itu,” tambah Shila lagi.

            “Ratusan loker yang ada di sini mungkin menyimpan DNA haiwan-haiwan yang hidup di zaman kita. Setiap dn mengandungi ciri-ciri keistimewaan binatang yang ada. Contohnya, zirafah mempunyai leher yang panjang manakala singa mempunyai bulu di sekeliling leher mereka. Aku percaya setiap DNA yang terdapat di sini sebenarnya dibahagikan mengikut ciri-ciri keistimewaan yang ada pada mereka,” Rafiqah pula bersuara tiba-tiba.

           “Macam tu sekali?” tutur Zul kagum.

            “Benda ini sekadar teori. Kalau betulah apa yang katakan, teknologi yang ada di atas pulau ini mungkin belasna tahun, atau puluhan tahun ke hadapan daripada teknologi yang ada di dunia kita,” ujar Rafiqah lagi.

            “Tapi.. siapa yang tergamak untuk menjadi tuhan? Cuba bermain permainan tuhan dan hambanya di atas pulau ini?” Soalan yang dibangkitkan oleh Zul membuatkan suasana bisu berjangkit di sekeliling mereka.

            Tiba-tiba Ika terlutut di atas lantai. Air mata bergenang di kelopak matanya. Helmi menghampiri Ika.

            “Kenapa ni awak?” Air mata dikesat oleh Helmi, lembut.

            “Awak... apakah kita mampu untuk balik rumah? Benda yang saya dengar daripada Rafiqah dan Shila, apakah kita mampu untuk pergi dari pulau ini?” Helmi terdiam. Zul memalingkan wajahnya, tidak berani menatap ayat yang barangkali kenyataan daripada Ika. Rafiqah dan Shila menundukkan wajah.

            Wahai Nur Atikah Saiful, sesungguhnya aku tidak mempunyai jawapan untuk soalan kau itu. Begitu juga dengan yang lain... Ya ALLAH, ujian ini semakin berat untuk kami tempuh. Kurniakanlah kami kekuatan dalam menghadapi perjuangan ini. Mungkin suatu masa dahulu, tempat aku dan rakan-rakan berdiri itu merupakan fasiliti untuk mencipta makhluk yang sudah Kau padamkan dari muka bumi ini. Manusia yang ada di sini pasti cuba berlagak tuhan... mungkin kerna murkaMu, mereka lenyap.. tanpa sebarang kesan.

***

            “Cikgu Sariman, hari dah gelap. Apa rancangan yang awak katakana itu boleh dijalankan?” tanya Husna.

            Cikgu Sariman hanya membisu.

            “Boleh tak awak bagitau saya apa rancangan awak sebenarnya?” tanya Husna. “Kita nak lari ke? Tapi, ada orang berjaga di luar sana dan kita berdua diikat macam ni!”

            “Weyh perempuan. Boleh tak kau jangan kacau aku tidur? Aku tahulah apa yang akan aku buat!” gumam Cikgu Sariman malas.

            “Apa dia?” tanya Husna yang teruja.

            “Kita gunakan kecantikan yang kau ada. Kau pramugari bukan? Cuba kau goda orang di luar sana untuk masuk ke dalam sini. Lepas tu aku tahulah apa yang aku nak buat,” ujar Cikgu Sariman lagi.

            Wajah Cikgu Sariman direnung oleh Husna. Pandangan geram dilontarkan oleh Cikgu Sariman.

           “Kau pernah tak tengok dalam drama tv atau filem? Dalam situasi yang macam ni, kau kegunakan keseksian yang kau ada tu,” tutur Cikgu Sariman.

            Husna memalingkan wajahnya. Dia mengesot ke arah pintu kurungan itu.

            “Awak tolong saya... kaki saya sakit sangat ni,” tutur Husna dalam nada suara yang sangat menggoda.

            Si lelaki yang bertugas untuk berjaga itu seperti orasng mengantuk disorong bantal, terus membuka pintu kurungan itu. Konon mahu membantu Husna dan... Sariman melompat dari belakang lelaki itu lalu kakinya mengenai belakang tubuh lelaki tersebut. Lelaki itu rebah lalu pengsan.

            Tiba-tiba kedengaran suara sesuatu terjatuh dari luar sana. Husna dan Sariman saling berpandangan. Kedengaran tapak kaki, bukan satu, bukan dua tetapi tiga. Tiga orang lelaki sedang berdiri di depan muka pintu kurungan itu.

            “Jangan takut. Kami bukan musuh. Dani yang hantarkan kami ke sini.”

***

            Helmi terbaring keletihan selepas memanjat ruang sampah itu kembali tiba ke tingkat di mana Adam menjaga Hanim. Tingkat di mana terdapat ratusan tumbuhan ganjil. Zul sahaja yang kelihatan teruja bercerita kepada Adam dan Hanim tentang apa yang mereka temui di bawah sana.

            “Macam yang aku dah agak,” tutur Adam.

            “Maksud kau Adam?” tanya Zul.

            “Kau pernah dengar tak eksperimen yang dijalankan oleh Universiti Havard di Amerika? Mereka menanam sel telinga manusia pada seekor tikus. Kemudian, tidak lama kemudian terhasilah tikus yang terdapat telinga manusia di belakang badannya,” jelas Adam.

            “Jijiknya,” komen Hanim.

            “Sains dan teknologi ada garisan yang mereka seharusnya tak sentuh. Kalau tidak, akan terjadi sesuatu yang buruk. Macam di tempat ini, aku percaya cara yang sama digunakan ke atas tikus itu juag diaplikasikan pad atumbuhan pelik di sini. Mereka semua dicipta oleh manusia!”

            Mereka semua terdiam.

            “Kawasan larangan yang seharusnya tidak disentuh oleh manusia telah diterokai. Akibatnya, terjadilah semua yang ada di sekeliling kita. Sebab itu aku sentiasa berpendapat sains tanpa agama ialah ajaran sesat. Kesesatan manusia....”

            “Sekarang bukannya masa untuk kita bercakap tentang benda ini. Kita ada berita besar untuk dibawa kepada ahli kumpulan kita. Ahmad Naim... bagaimanalah keadaan kau di sana?” ujar Helmi sambil menepuk 
bahu Adam.

            Kawan-kawan... tunggu kami!

***

            “Saya dah jumpa dah beg Cikgu Sariman!” teriak Husna teruja.

            Cikgu Sariman merangkak ke arah mereka. Tiga orang budak suruhan Dani pula masih berjaga dengan masing-masing membimbit sebatang kayu di atas bahu mereka.

            “Bagus Husna. Aku tak nak si Syamir itu jumpa beg ini. Jadi, aku sembunyikan di sini,” kata Sariman sambil berbalas tepukan tangan.

            “Sekarang kita kena pergi dari sini,” gesa budak suruhan Dani.

            “Tak-tak,” bantah Husna. “Helmi dan yang lain-lain masih ada di bawah sana. Kita kena selamatkan mereka.”

            “Korang berdua dah gila ke? Aku percaya yang mereka dah mati mereput di bawah sana!”

            “Saya percayakan Helmi. Budak tu mampu membawa mereka semua keluar hidup-hidup!”

            “Mereka tentu dah mati!”

            “Tak,” ujar Cikgu Sariman tiba-tiba. “Kau tak kenal budak-budak SMK Dato’ Onn. Mereka lebih kuat daripada kamu bertiga. Aku percayakan anak-anak murid aku, terutama Helmi.”

            Ketiga-tiga budak suruhan Dani terdiam.

            “Bagus, aku dah jumpa!” tutur Cikgu Sariman sambil tersenyum. Dia menjumpai benda yang dicari-carinya. Sebutir peluru keemasan.

            “45 Caliber peluru,” tutur Cikgu Sariman sambil mencium peluru itu.

            “Jadi kau ada pistolnya?”

            “Maaf, aku cuma ada pelurunya aje,” tutur Cikgu Sariman, tetapi dia tersenyum.

            Satu peluru ini sudah cukup untuk aku menewaskan Syamir. Hahahaha....

***

           Cikgu Sariman menyuruh budak suruhan Dani itu membawa mereka kembali ke kurungan. Cikgu Sariman dan Husna tidak mahu meninggalkan Helmi dan ahli kumpulannya berdepan dengan bahaya.

            “Macam mana kami nak jumpa Dani di dalam hutan nanti?”

            “Maaf tapi kami tak boleh biarkan Helmi dan yang lain-lainnya keseorangan. Kalau tiada kami, pastinya mereka akan dilayan dengan teruk,” jelas Cikgu Sariman. “Kamu bertiga sudah banyak membantu kami.”

            “Peluru itu, macam mana kamu nak gunakannya?” tanya Husna.

            “Hanya cikgu sains yang macam aku sahaja tahu. Senang sahaja, gunakanlah formula kimia,” jawab Cikgu Sariman lagi.

***

            Kelihatan Helmi berjalan mengetuai rakan-rakannya yang lain di tengah-tengah lapangan selepas berjaya meloloskan diri daripada kawasan bawah tanah piramid itu. Masing-masing kelihatan tekad dan berani.

            “Syamir Fitri! Kami dah kembali!” teriak Helmi.

            Syamir kelihatan tidak percaya melihat budak-budka yang dikirimkannya masuk ke dalam bawah piramid itu mampu kembali hidu-hidup tanpa kecederaan berat.

            Aku dah salah faham dengan kebolehan kau Helmi...

            Helmi pun menceritakan penemuan mereka. Helmi pun menceritakan mengenai fasiliti yang terdapat 31 tingkat di bawah sana. Tidak lupa juga kepada penemuan-penemuan aneh mereka. Hal ini telah membakar minat Syamir...

            “Hantarkan 15 lelaki yang paling kuat di antara kita untuk menerokai kawasan sana,” teriak Syamir serius kepada pengikutnya.

            “Dan kau... Helmi Effendy bukan?” kata Syamir sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas bahu Helmi.

            “Itu nama aku...”

            “Kau akan mengetuai 15 lelaki dewasa yang akan kembali ke dalam sana. Maafkan ku sebab dah salah faham dengan kebolehan kau. Ternyata kau lebih bagus daripada lelaki-lelaki dewasa yang ada di sini,” ujar Syamir.

           “Aku menolak!” kata Helmi tegas yang lantas membuatkan air muka Syamir berubah serta merta. “Aku bukannya balaci yang kau boleh gunakan sesuka hati kau! Aku berhak membawa rakan-rakan aku ke tempat yang di mana kami tak perlu melihat muka kau lagi!”

            “Kurang ajar...”

            “Semua yang ada di sini. Dengar sini, siapa yang nak ikut kami berambus dari sini. Sebenarnya tidak jauh dari sini, terdapat sebuah lagi kem yang seperti ini. Kehadiran kami di sini pun untuk menyelamatkan kamu semua daripada syaitan yang bertopengkan manusia ini!” Jari telunjuk Helmi tepat mengarah ke arah Syamir yang sedang menggigil menahan kemarahan.

            Tak ada seorang pun daripada mereka yang sanggup mengkhianati Syamir?

            “Tangkap mereka!” teriak Syamir penuh kemarahan. Apa lagi, anak-anak buah Syamir lantas mengelilingi Helmi dan ahli kumpulannya. Jumlah anak buah yang berkali ganda lagi ramai daripada mereka membuatkan Helmi dan ahli kumpulannya tewas mudah... kelihatan Helmi sedang terlutut sambil kedua-dua tangannya sedang dipegang oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa.

            “Hukuman pertama kau ialah melihat rakan kau mati... kemudian kau akan mengikuti jejak mereka,” tutur Syamir sambil mengukirkan senyuman jahatnya itu.

            “Maksud kau?” tanya Helmi sambil meludah tepat mengenai wajah Syamir. Syamir hanya ketawa jahat sambil menundingkan jarinya ke arah Husna dan Sariman yang sedang diikat pada sebatang salib yang diperbuat daripada kayu. Di bawah salib itu terdapat timbunan kayu api yang banyak. Seorang lelaki sedang memegang obor api berhampiran dengan salib yang mengikat Husna dan Sariman.

            “Kau nak buat apa tu?” teriak Helmi bengang.

            “Aku nak bakar mereka hidup-hidup!” jawab Syamir lagi lalu ketawa terbahak-bahak. “Kamu, buat sekarang.”

            Obor api itu dicucuh pada kayu api yang ditimbunkan itu... dalam masa yang pantas, api sedang merebak lalu membesar. Kedengaran bunyi teriakan Husna yang sedang menanti ajal dicabut oleh tuhan.

            “Kakak Husna!” teriak Ika yang sudah menangis melihatkan pemandangan yang terhidang di hadapan mereka.

            Helmi cuba meronta melepaskan dirinya.

***

            “Sariman, buatlah sesuatu...” tutur Husna yang teresak-esak menangis. “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu persuruh ALLAH.” Husna sempat mengucap.

            Lidah api semakin mendekati mereka. Cikgu Sariman hanya mendiamkan diri daripada tadi.

            “Helmi Effendy, kau tahu tak bagaimana manusia dibakar hidup-hidup?” tanya Syamir yang sednag duduk bersila di sebelah Helmi, seperti sedang menikmati pemandangan Husna dan Cikgu Sariman sednag menanti ajal.

            Helmi menggelengkan kepalanya.

            “Mereka akan melecur. Membakar sehingga diri mencapai kematian bukanlah benda yang senang. Kebanyakan manusia yang cuba membakar diri mereka untuk membunuh diri menemui kegagalan. Sebab ianya bukanlah senang untuk menahan kesakitan apabila diri dibakar, sains mengatakan bahawa sakit yang paling sakit di dunia ialah dibakar hidup-hidup. Sebab itu banyak yang gagal membakar diri sehingga mati...”

            Helmi merenung wajah Syamir dengan perasaan yang mengandungi seirbu kebencian.

            “Kulit akan menjadi hitam. Sebab menyedut asap yang terlalu banyak, tekak mereka akan turut terbakar. Mereka tidak akan mampu untuk menjerit pun. Mereka akan menikmati kesakitan itu seorang diri...” jelas Syamir dalam keadaan yang tersenyum.

            Lelaki ini, dia menggunakan cara yang paling kejam untuk menyeksa Husna dan Cikgu Sariman sehingga menemui kematian. Tetapi, cara dia bercakap sambil tersenyum... sesuatu yang tak kena dengan si Syamir ini. Lelaki ini memang gila.

            “Selepas ini giliran kamu semua pula,” sambung Syamir.

            “Ya ALLAH, panasnya!” teriak Husna.

            “Akhirnya api itu sudah mencapai mereka. Mula-mula lemak di dalam mereka akan terbakar, lalu api akan menjadi lebih ganas,” teriak Syamir penuh kegembiraan.

            Ya ALLAH, kau selamatkanlah Husna dan Cikgu Sariman... aku dah tak mampu untuk berbuat apa-apa...

***


            Kelihatan Saiful Hawiz sedang mengendong Cikgu Fiefa. Farah, Gina, Alia dan Aimman membontoti Saiful dari belakang. Piramid yang dicari oleh mereka sudah kelihatan pada pandangan mata.


            “Doktor Syamir Fitri ada di sana,” tutur Aimman sambil menundingkan jarinya ke arah piramid.
            

The Lost World 73


           Tombol pintu yang seperti stering kereta itu cuba dipulas oleh Helmi dan Zul. Tenaga Helmi seorang belum tentu dapat membuka pintu yang bertanda biohazard warning itu. Mereka sudah sampai sejauh itu dan sekarang bukannya masa untuk mereka berpatah balik... mereka bukan pengecut.

            “Kamu orang perempuan, tolong kami,” teriak Helmi sekuat hatinya. Ika, Rafiqah dan Shila saling berpandangan sebelum mencapai tombok pintu yang seperti stering kereta itu. Tenaga mereka berdua seperti banyak menyumbang.

            “Akhirnya!” teriak Helmi kegembiraan. Stering itu berpusing dan... mereka berlima terjatuh ke belakang, dalam posisi terlentang. Stering itu tercabut dari tempat asalnya.

            “Stering ni tercabut...” tutur Ika sambil menatap stering yang sedang dipegang oleh Helmi.

            “Macam mana kita nak masuk,” rungut Zul sambil mengeluh berat.

            “Nanti dulu, tengok tu,” kata Rafiqah pula.

            Pintu besi di hadapan mereka bergerak sedikit. Kelihatan ruang kosong di antara pintu dan rangkanya. Helmi bangkit sambil menepuk seluar jeansnya yang kotor itu. Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya lalu menolak sedikit pintu besi itu. Kedengaran bunyi mengerenyet panjang yang lahir daripada 
penggerakan pintu besi itu.

            Ya ALLAH, kau lindungilah kami dari bahaya yang mendatang...

***

            Dani sedang duduk di atas sebongkah batu di tengah-tengah belantara yang mengelilingi kawasan piramid itu. Dia sedang menangis teresak-esak sambil diperhatikan oleh tiga orang anak muda yang masing-maisng menggalas sebuah beg di belakang mereka.

            “Kenapa ni dik?” tanya seorang lelaki yang kelihatan paling tua di antara tiga lelaki itu.

            “Kawan-kawan saya bang...” gumam Dani sambil mengesat air mata yang bergulung jatuh.

            “Kenapa dengan kawan adik?” tanya lelaki yang berkaca mata itu pula.

            Dani membisu, tidak lagi menangis sebaliknya hanya tersedu-sedu. Konon dia cuba menenangkan dirinya.

            “Nama saya Dani Gaddafi. Anak kepada Tan Sri Gadaffi...”

            Sebaik sahaja nama Tan Sri Gaddafi dibangkitkan di situ, ketiga-tiga anak muda itu merenung dengan penuh pengharapan ke arah Dani. Salah seorang daripada mereka tiba-tiba sahaja menghulurkan tisu kepada Dani manakala yang lainnya menepuk-nepuk belakang Dani lembut. Senyuman sinis terukir di wajah Dani.

            Manusia... mereka pasti akan dibutakan dengan tiga perkara, kedudukan, harta dan perempuan. Dan mereka bertiga di hadapan aku ini, sama sahaja seperti yang lainnya. Aku boleh mengawal mereka dengan duit... ya.. duit Tan Sri Gaddafi.

            “Abang tentu kenal kan Si Syamir itu?”

            Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk.

            “Boleh tak abang khianati dia?” pinta Dani lagi.

            Ketiga-tiga lelaki itu terdiam. Kemudian, mereka berbisik di antara satu sama lain.

            “Dia tu anak kepada Tan Sri Gaddafi tu.”

            “Mana kau tahu dia anak Tan Sri Gaddafi?”

            “Aku ada dengar cerita yang anak Tan Sri Gaddafi ada di dalam pesawat kita tempoh hari tu.”

            Ketiga-tiga lelaki itu membuat keputusan untuk memenuhi permintaan Dani. Dani semakin tersenyum.

            “Kalau sesuatu terjadi pada Dani, boleh tak abang semua lindungi Dani?”

            Mereka mengangguk.

            Syamir, kau akan tewas dengan aku. Dalam masa yang singkat, aku sudah menguasai tiga orang ahli kumpulan kau. Hehehehe....

***

            Pintu ‘penjara’ sementara buat Husna dan Cikgu Sariman di buka oleh Syamir yang sedang dikelilingi oleh pengikut-pengikut setianya. Husna yang sudha tertidur di sebelah Sariman terpisa-pisat membuka mata apabila cahaya matahari menerobos masuk lalu mengenai kelopak matanya.

            “Hukuman mati sudah ditentukan untuk korang berdua,” kata Syamir tanpa sedikit pun kelihatan simpati atau takut ketika mengungkapkan perkataan mati itu.

            “Apa awak cakap? Tak jelas...”

            “Kau akan dihukum mati!”

            “Tapi kenapa? Bukan ke kami ni tawanan kamu?” tanya Husna.

            “Peduli apa aku,” jawab Syamir pendek. Dia merenung sinis Husna.

            Selagi aku mampu menanamkan perasaan takut pada minda mereka di sini, selagi itulah aku akan terus berkuasa. Aku harus membuat benda ini pada Husna dan Sariman juga. Mereka akan menerima nasib yang sama dengan Jack dan anaknya...

            “Saya tak nak mati... awak tolong maafkan saya...”

            Sebelum Husna menghabiskan rayuannya, tapak kasut Syamir terlebih dahulu mencari pipi Husna membuatkan gadis itu jatuh terperosok di dalam kurungan itu.

            “Bertaubatlah pada malam ini kerana esok kau akan ke neraka!”

            “Hey Syamir,” panggil Sariman tiba-tiba.

            Syamir yang berkira-kira mahu pergi dari situ kembali menoleh ke arah Sariman.

            “Apa dia?” tanya Syamir.

            “Kalau aku jadi kau, aku tak akan bunuh si pramugari ini,” kata Sariman sambil tersenyum.

            “Maksud kau?” tanya Syamir.

            “Kita terperangkap di tengah-tengah belantara yang penuh dengan haiwan ganjil. Dah tentu kita susah nak jumpa perempuan yang semantap dia. Kau tengok badan dia, serupa model. Muka pun boleh tahan, comel dan jelita. Kalau aku jadi kau, aku akan jadikan dia bahan ratahan aku daripada membiarkan dia mati,” tutur Sariman selamba tanpa mempedulikan reaksi Husna.

            “Malangnya buat Husna yang aku bukannya orang yang gila seks,” balas Syamir sebelum beredar dari situ.

            Husna hanya memerhatikan langkah kaki Syamir meninggalkannya. Selepas Syamir menghilang dari pandangan, Husna menoleh ke arah Sariman dengan penuh geram.

            “Awak sedar tak yang awak cakapkan tadi?” marah Husna apabila dirinya tiba-tiba dituturkan seperti simbol seks di dalam hutan itu.

            “Aku sedar dan aku nak minta maaf. Aku tak dapat selamatkan kau...” tutur Sariman yang kembali berbaring sambil berbantalkan lengan di sebelah Husna yang sedang duduk bersila itu.

            “Saya tak faham...”

            “Kau tak macam aku, aku memang akan mati esok. Tapi, kau sekurang-kurangnya boleh elakkan kematian dengan menjadi hamba kepada si Syamir. Kau faham maksud aku kan?”

            “Saya lebih rela mati daripada menjadi ‘hamba’ kepada si Syamir itu!”

            “Ikut suka  kaulah,” gumam Sariman malas sambil berkalih menghadap arah yang berlawanan dengan 
Husna.

            “Aku akan cuba selamatkan kau esok. Berdoalah...”

***
  
          Ika menjerit ketakutan apabil tersluh sesuatu. Shila memalingkan wajahnya, tidak sanggup untuk melihat sesuatu yang sangat menjijikkan di hadapan matanya. Rafiqah hanya merenung kosong manakala Helmi dan Zul memberanikan diri mendekati benda itu.

            “Mayat...” gumam Helmi serius manakal Zul sedang menahan loya.

            Sekujur tubuh yang dipercayai mayat dengan tangan yang kelihatan terdapat 7 pasang tumbuh di seluruh tubuh mayat itu. Bau yang datang daripada mayat itu pula sangat busuk sehingga membuatkan mereka terpaksa menutup hidung.

            “Lihat baik-baik Ika. Terdapat tubuh yang saling bertindih dengan mayat ini. Aku percaya ini bukannya mayat seorang manusia. Mungkin mayat beberapa orang yang bertindih sebelum ajal menjemput mereka. Kemudian, masa yang bergulir membuatkan tubuh mereka mereput dan melekat sehingga kelihatan 
seperti satu mayat yang terdapat tangan yang banyak,” ujar Rafiqah tiba-tiba sambil memegang mayat yang 
terdampar di hadapan mereka itu tanpa sedikipun perasaan jijik.

            Bam! Bunyi sebuah pintu menghempas dinding telah mencuri perhatian mereka. Helmi spontan menoleh ke arah sebuah loker yang terdapat tidak jauh daripada mereka. Helmi memberanikan diri menghampiri loker itu. Kali ini terdapat baju yang diperbuat daripada plastik.

            “Ada protective suit kat sini,” gumam Helmi.

            Rakan-rakan Helmi yang lain menghampiri Helmi dari belakang.

            “Pelik, macam mana protective suit  ini boleh ada kat sini. Selalunya orang yang memakai benda ini jika terdapat eksperiman berbahaya ataupun terdapat epidemik,” kata Shila pula.

            Kemudian, mereka tiba pula ke sebuah pintu kaca. Di balik pintu kaca itu terdapat laluan di mana terdapat benda-benda pelik di siling dan dinding laluan itu.

            “Apa benda ni?” tanya Helmi.

            “Tak silap aku, benda ini dipanggil sebagai air showers,” jelas Shila.

            “Err... air showers?” soal Zul pula yang juga tidak mengetahui bend ayang disebutkan oleh Shila itu.

            “Fungsi benda ini ialah untuk menghalang microbes ataupun membasmi microbes,” terang Shila itu.

            Terdapat sebuah pintu kelihatan di hujung laluan yang dipenuhi oleh air showers. Pintu itu ditolak oleh Helmi. Kali ini benda lain pula yang dihidangkan untuk kumpulan itu. Terdapat ratusan replika haiwna yang sudah pupus dipamerkan seperti muzim di dalam sebuah baling kaca yang sangat besar dan bersaiz gergasi.

            “Replika haiwan yang sudah pupus? Bagaimana benda ini boleh berada di sini?” gumam Zul yang kelihatan sangat teruja.

            “Itu T-Rex!” kata Ika teruja.

            “Ada Diarytma, Raptor, Andrewarchus, dan semua haiwan yang pernah kita jumpa. Dari sebesar gergasi dan sekecil serangga, semuanya ada di sini,” ulas Rafiqah pula.

            “Itu.. haiwan yang paling besar. Basilosaurus, yang menghuni tasik air masin itu kan?” tutur Helmi.

            “Besarnya... dua kali saiz badan T Rex!” kata Zul pula.

            “Pendek kata, semua binatang yang ada di atas pulau ini dipamerkan di sini,” ujar Helmi serius.

            Aku percaya rahsia pulau ini semakin terbongkar. Rahsia yang menghuni pulau ini past sedang teruja menanti dibongkarkan oleh kami di sini. Sesuatu yang lebih dasyat pasti tersimpan jauh di dalam sana.

            “Kita kena teruskan perjalanan kita,” kata Rafiqah sambil mendahului yang lainnya ke arah sebuah 
koridor yang terbentang di hadapan mereka.

***

            Kumpulan Helmi sedang berdiri di hadapan sebuah bilik yang di mana terdapat papan tanda yang tertulis ‘Cultivation Room’.

            “Apa sebenarnya yang sedang mereka biakkan di balik pintu ini?” gumam Helmi sambil menolak pintu bilik itu.

            Tiub-tiub kaca yang saiznya sebesar mereka sedang berdiri dis etiap penjuru bilik itu. Ada sebahagian tiub kaca tersebut pecah manakala yang lainnya sudah berhabuk. Kelihatan Rafiqah seperti mengira tiub kaca gergasi itu.

            “Ada tiga puluh di dalam ruang bilik ini,” tutur Rafiqah.

            “Dekat sini pula ada mesin aneh,” kata Shila dengan Zul serentak.

            “Mesin?” soal Helmi curiga.

            “Kelihatannya macam mesin ini saling berkaitan dengan tiub kaca itu,” ulas Rafiqah.

            Helmi hanya berkerut dahi mendengarkan penemuan dan teori rakan-rakannya itu. Keadaan di dalam bilik sangat mengangumkan. Pemandangan yang sedemikian sebelum ini hanya pernah dilihat oleh mereka di dalam wayang sahaja.

            Ketika di hujung ruang bilik itu, Helmi menemui sebuah tengkorak kepala haiwan yang sangat aneh bentuknya. Tempurung kepala tengkorak itu kelihatan bersisik. Kemudian, mereka pun meneruskan perjalanan.

            Synthesis Room, itulah nama bilik seterusnya yang mereka temui. Di dalamnya, mereka menemui mesin yang terdapat sepasang tangan robot. Shila mendakwa bahawa benda itu mungkin digunakan untuk eksperimen.

            Kemudian, kumpulan itu meneruskan perjalanan menerokai koridor yang kelihatan seperti tiada penghujungnya. Mereka kemudian menemui sebuah pintu yang papan tandanya seperti sudah rosak. Hanya perkataan ‘bank’ sahaja yang terpapar.

            “Apa semua ni?’ tutur Helmi penuh kekaguman. Loker yang sangat tinggi sedang berdiri di kiri dan kanan mereka. Terdapat ratusan laci yang kelihatan pada loker-loker tersebut.

            Rafiqah menjumpai tiub-tiub kecil yang biasanya digunakan untuk eksperimen. Zul pula menyedari bahawa setiap laci tertampal nama-nama binatang seperti harimau dan burung.

            “Mungkin tiub-tiub ini mengandungi sel-sel haiwan yang ada?” teka Helmi.

            “Aku dah agak dah!” tutur Shila tiba-tiba. “Kita berada di fasiliti yang membuat kajian mengenai DNA.”

            “Maksud kau Shila?” tanya Helmi.

            Shila kelihatan mengeluarkan bebola besi yang ditemuinya dari poket seluar treknya.

            “Itu bukan ke replika molekul bukan?” tanya Rafiqah.

            Shila mengangguk.

            “Benda ini biasanya digunakan untuk menggambarkan bagaimana molekul di susun, kau akan faham kalau kau merupakan pelajar Sains. Kalau ada benda yang macam ni, tak syak lagi mereka sedang mencipta sesuatu...”

            “Maksud kau yang mereka...” Helmi mati kata-kata.

            “Mereka yang pernah mendiami pulau ini merupakan manusia yang cuba menjadi tuhan. Mencipta binatang-binatang yang sudah pupus dari masa silam. Mungkin kemurkaan tuhan membuatkaan mereka terhukum, dan apabila kita tiba di sini, mereka sudah pun tinggalkan pulau yang tak ubah seperti neraka ini,” kaat Rafiqah pula.

            “Kita sedang berdepan dengan hasil daripada dosa silam manusia?” gumam Helmi.

            Rafiqah dan Shila sekadar mengangkat bahu mereka.